KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee pula terlepas slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila hanya menduduki tempat kesembilan saingan acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam ini.
Pada aksi final di Pusat Akuatik Hamad itu menyaksikan Nur Dhabitah-Wendy mampamerkan aksi mengecewakan pada terjunan pertama apabila hanya mengutip 44.40 mata.
Gandingan itu kemudian gagal bangkit memperkemaskan teknik pada terjunan kedua hingga lima apabila hanya mengumpul mata keseluruhan sebanyak 258.30 sekali gus menamatkan saingan di tempat kesembilan.
Seperti yang dijangka tempat pertama disambar wakil China, Chang Yani-Chen Yiwen (323.43 mata) manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik gandingan Australia, Smith Anabelle-Keeney Maddison (300.45 mata) dan pasangan Great Britain, Harper Yasmin-Mew Jensen Scarlett (281.70 mata).
Nur Dhabitah-Wendy perlu menduduki tempat keempat terbaik untuk menempah slot ke temasya sukan berprestij itu bagi acara berkenaan.
Bagaimanapun, Nur Dhabitah dan Wendy masih mempunyai satu lagi peluang untuk ke Paris 2024 menerusi acara 3m papan anjal individu yang bermula dengan pusingan kelayakan, esok.di Paris 2024
Awal pagi tadi, Nur Dhabitah dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong turut terlepas tiket acara 10m platform seirama untuk ke Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-12 di kejohanan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Pada aksi final di Pusat Akuatik Hamad itu menyaksikan Nur Dhabitah-Wendy mampamerkan aksi mengecewakan pada terjunan pertama apabila hanya mengutip 44.40 mata. - Gambar fail/Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Nur Dhabitah-Wendy terlepas tiket ke Olimpik acara 3m papan anjal seirama
Nur Dhabitah dan Wendy terlepas slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila hanya menduduki tempat kesembilan saingan acara 3m papan anjal seirama wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Arul mohon peminat terus sokong Speedy Tigers
A. Arul Selvaraj berharap peminat hoki tanah air terus menyokong skuad kebangsaan meskipun sekadar menamatkan saingan di tempat kelima kempen kelayakan Olimpik Paris 2024.
Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.
Nur Shazrin ukur prestasi di Eropah sebelum ke Olimpik Paris 2024
Nur Shazrin menjadikan Kejohanan Senior Eropah ILCA dan Piala Eropah Terbuka di Athens medan mengukur prestasi sebelum ke Sukan Olimpik.
Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.
Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Apabila Speedy Tigers masuk ke gelanggang menentang Thailand dalam perlawanan pada Ahad, matlamatnya satu iaitu merangkul emas sulung.
RTG: Zii Jia satu-satunya atlet tidak guna kepakaran ISN
Ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.
Olahragawati Kebangsaan: Joe Ee taruh harapan ke Sukan Olimpik Paris 2024
Atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya bahawa pengiktirafan yang diterimanya malam tadi akan dapat melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi mel
Zii Jia cari rakan 'sparring'
Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan bersama Datuk Hamidin Mohd Amin.